Sunday, December 12, 2010

How to add carbon effect to your picture


Post kali ni nak bagi tutorial sikit pasal macam mana nak bagi carbon fiber effect kat gambar korang, terutamanya pada permukaan yang berkilat, macam kereta ke, laptop dan sebagainye. Untuk tujuan ni, kita akan guna Adobe Photoshope. Untuk tutorial ni aku menggunakan Adobe Photoshop CS4, dan ikut korang lah nak guna version berapa.

Sebelum kita start, pastikan korang ada 2 gambar, iaitu gambar yg korang nak tambah carbon effect tu, dan lagi satu gambar corak carbon fibre. Google je carbon fibre wallpaper, macam-macam nanti keluar.

Step 1
Open gambar yang korang nak edit. Aku guna gambar ni:


Step 2
Guna Polygon lasso tool untuk select permukaan yang akan ditambah effect carbon. Tekan CTRL+C untuk copy permukaan yang dah di select dan CTRL+V untuk paste menjadi New layer (kalau rajin, Rename sebagai hood..hehe). Untuk ketepatan yang tinggi waktu select, tekan CTRL+Z untuk Zoom In dan Alt untuk Zoom Out. Hide background layer dengan click pada simbol mata di bahagian layer.


Step 3
Click layer yang korang dah crop permukaan tadi, pergi image > adjustments > replace colour. Guna eyedropper untuk select colour yang majoriti terdapat pada permukaan tersebut. Lihat pada bahagian bawah, ada 1 kotak tulis Result, tekan kat situ dan pilih warna paling hitam. Adjust fuzziness kepada 200 untuk memastikan effect pantulan berkilat tu masih kekal. Click Ok, dan korang boleh adjust brightness dan  contrast level mengikut kemahuan anda.


Step 4
Sekarang open gambar Carbon Fibre > CTRL+A > CTRL+C > pergi ke gambar kereta td > CTRL+V. Satu layer baru akan muncul, iaitu gambar carbon fibre yang korang dah copy td. Tekan CTRL+T untuk transform supaya korang dapat resize carbon fibre mengikut saiz hood, drag untuk menutui keseluruhan permukaan hood. Sekarang korang hide kan carbon fibre, dan select layer hood kereta. Tekan W untuk guna Magic Wand Tools dan click kat bahagian kosong, automatik die akan select bahagian hood kereta sahaja. Next select layer carbon tadi, dan show balik. Tekan delete untuk mendapatkan bentuk hood kereta pada layer carbon. 



Step 5

Final step, show balik semua layer. Kemudian select kat carbon layer > soft light > adjust opacity. Done!

Finish Result

If you think this post useful, Click Adds to support this blog..tq

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...