Sunday, January 2, 2011

Cara Membuat Label dan Manage Label pada Blog

Hari ni aku mendapat 1 message dalam Facebook aku dari seorang rakan.. Hehe, die bertanyakan soalan macam mana nak buat label untuk setiap post yang die dah buat.. So, post kali ni nak ajar cara basic nak buat label pada post anda.

Label ni berfungsi seperti kategori bagi stiap post yang anda tulis.. Ia sangat penting supaya pembaca dapat focus pada satu-satu perkara yang die minat nak baca..so takder lah kene bukak old post yang tak berkaitan untuk dibaca.. Cara nye mudah dah simple, tapi penting..

Step 1 
Macam biasa login blog korang > pergi kat Design > Add a Gadget (pilih dekat bahagian sidebar) > Pilih Label macam yang ditunjukan seperti gambar dibawah dan setting mengikut citarasa korang.

Pilih Label

Setting/Configuration korang punya Label Gadget

Ok, sekarang korang dah berjaya letak Label Gadget dekat blog korang.. step seterusnya..


Step 3
Login blog korang > mcm biasa tulis tajuk post anda dan start tulis ape yg korang nak tulis..

Step 4
dah siap, label kan dia dalam kategori ape kat dalam kotak di bawah belah kanan macam yang ditunjukan seperti gambar kat bawah ni then Publish post.. Siap!


Ni adalah cara basic, sesuai bagi yang baru membuat blog.. Bagi yang dah lama buat blog, dan ada berpuluh atau beratus Post, tentu memenatkan nak m'edit dan m'label satu-satu post tu.. So, untuk advance sikit, boleh la ambil step ni..


Pergi dekat Posting > Edit post > dekat sini korang boleh tick je mana2 post yang korang nak > pastu pergi dekat Label Action > pilih label yang korang pernah buat atau buat Label baru dengan pilih New Label. Kalau nak buang label, pergi dekat Label Action jugak, dan pilih remove label. Ok.. Harap membantu.. ;D


Tips : Kalau boleh elak kan daripada mempunyai Label yang terlalu banyak, biarlah label anda secara 'General' yang merangkumi skop tajuk yang luas. Ini bukan sahaja memudahkan para pembaca, malah boleh menjimatkan ruang sekiranya anda mahu membuat Menu Bar pada blog anda.. Gud Luck!


If you think this post useful, Click Adds to support this blog..tq ;D

9 comments:

Siti Nur Ain said...

hhee thanks =)

Takuimi said...

Hehe..welcome..

Shida Risha said...

thank you...

Jari Lentik said...

terima kasih... memudahkan pembaca :)))

qiqin_le said...

kalu tade step yang ke 4 tu macam mane??
sebb saya da tukar format background

Adylia Qarissa said...

tens..sy dah berjaya :)

Rahimi said...

Alhamdulillah.. suka bila sama2 dapat belajar.. :D

Zura Lee said...

salam, cmner nk edit blk Label yang kita dh buat tu..? Nk edit ejaan maksud saya....

Darulamanku said...

Jom mau tak join jejak followers... dah follow..

Klik link kalau nak join...
http://darulamanku.blogspot.com/p/jejak-500-followers.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...